Hubungan antara lecithin dan usaha untuk kurus memang tak dapat disangkal lagi. Lecithin merupakan bahan penting dalam makanan tambahan yang diambil oleh mereka yang ingin kurus dan membakar lemak.
Sebelum kita mengetahui bagaimana mekanisme lecithin dalam membantu anda untuk kurus, mari kita mengenali apakah itu lecithin.
Apakah itu lecithin?
Lecithin adalah sejenis emulsi (pemecah) lemak yang bermaksud akan mencairkan lemak di dalam cecair seterusnya memudahkan badan untuk menyahkan lemak dari badan. Secara khusus Lecithin mengandungi:
Sebelum kita mengetahui bagaimana mekanisme lecithin dalam membantu anda untuk kurus, mari kita mengenali apakah itu lecithin.
Apakah itu lecithin?

Lecithin adalah sejenis emulsi (pemecah) lemak yang bermaksud akan mencairkan lemak di dalam cecair seterusnya memudahkan badan untuk menyahkan lemak dari badan. Secara khusus Lecithin mengandungi:
- Vitamin B
- Cholin (melindungi hati dari mengumpul lemak)
- Inositol (mengimbangkan kimia dalam badan untuk tinggi kolesterol)
- Asid Linoleic (mengurangkan kemasukan lemak dalam darah).
Choline yang terkandung dalam Lecithin juga bagus untuk memaksimumkan fungsi otak untuk kanak-kanak yang belajar.
Bagaimanakah sejarah penemuan lecithin?
Lecithin yang pertama diekstrak adalah dari telur kuning pada tahun 1855 oleh Maurice Bobley. Ia berasal dari perkataan “Lekithos” yang bermaksud telur kuning dalam bahasa Greek.
8 kebaikan lecithin dalam membantu anda untuk kurus dan sihat:
- Membantu badan memproses meningkatkan metabolisma lemak dengan lebih efektif
- Gemuk selalu dikaitkan dengan fungsi hati yang terganggu. Lecithin dapat membantu lemak di dalam hati untuk diproses dengan lebih cepat
- Memecahkan kolesterol di dalam darah hingga bertukar dalam bentuk cecair supaya ia tidak melekat di arteri dan urat
- Profil lemak dapat diubahsuai dengan mengurangkan tahap kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kolesterol baik HDL (untuk mengetahui lebih lanjut tentang HDL dan LDL)
- Berguna untuk hampir keseluruhan sel dalam badan termasuklah meningkatkan prestasi otak. Choline yang terkandung dalam Lecithin juga bagus untuk memaksimumkan fungsi otak untuk kanak-kanak yang belajar. Mengurangkan lemak di bahagian perut, sellulit dan penyimpanan air
- Mengelak dari membran sel mengeras di mana ia memudahkan perjalanan keluar masuk bahan ke dalam sel
- Mengelak sembelit dengan menggerakkan otot dan mengurangkan sakit sembelit. Sembelit akan mengganggu proses perkumuhan dan proses nyah lemak dari badan
Untuk ibu yang baru bersalin dan ingin kembali kepada bentuk badan sebelum bersalin, lecithin boleh di ambil sebagai sebahagian daripada Set Bersalin Shaklee.
Secara semulajadi, Lecithin boleh didapati dari makanan seperti telur, daging merah dan hati. Namun untuk tujuan menguruskan badan, dos lecithin perlu diambil lebih dari biasa. Dengan mengambil telur mahupun daging merah secara berlebihan akan bertentangan dengan usaha untuk kurus anda. Satu pilihan untuk mendapatkan bekalan lecithin yang baik dan selamat adalah daripada Lecithin Shaklee.

Lecithin Shaklee diekstrak daripada kacang soya yang ditanam secara organic (bukan GMO). Setiap kapsul mengandungi 80mg Choline dan 48mg inositol.
Sesungguhnya lecithin shaklee boleh dirumuskan sebagai pilihan pemecah lemak yang terbaik kerana ia dari bahan semulajadi dan bukan GMO. Ini kerana terdapat terlampau banyak lambakan pemecah lemak dari dalam mahupun luar negara yang tidak melalui proses saringan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Seringkali pemecah lemak yang dapat bertindak dengan pantas mengandungi dadah berbahaya.
Namun harus jangan diliupa, proses untuk kurus kan badan anda bukanlah dengan mengambil makanan tambahan Lecithin semata-mata. Ia haruslah disertai dengan pengurangan pengambilan makanan berkalori tinggi setiap hari dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 35 minit satu sesi. Ramai telah menunjukkan perubahan positif selepas mengambil lecithin dalam Set Kurus Shaklee.
Semoga dengan penerangan tentang Lecithin ini membawa manfaat untuk anda yang ingin kelihatan langsing dan sihat.
No comments:
Post a Comment