TIPS MENGATASI KANAK-KANAK MEMILIH MAKANAN

Gunakan cadangan- cadangan di bawah di samping memberikan Shaklee Meal Shakes sebagai makanan tambahan anak-anak untuk membantu membentuk pemakanan yang sihat di kalangan anak-anak yang akan memberikan keperluan nutrisi yang mereka perlukan.


APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN JIKA ANAK ANDA:
1) Makan terlalu perlahan
  • Dudukkan anak anda di kerusi dna meja makan dan elakkan gangguan seperti TV, tab, Ipad, mainan dan sebagainya
  • Galakkan mereka menyuap makanan mereka sendiri
  • Cipta suasana yang tenang dan menghiburkan untuk makan
2) Tidak berminat terhadap makanan
  • Hadkan makanan snack di antara waktu makan
  • Benarkan anak anda membantu anda menyediakan makanan mereka
  • Benarkan anak anda untuk mengambil bahagian dalam pemilihan makanan mereka
  • Hidangkan jumlah makanan yang sesuai dengan umur mereka dan potong makanan dalam saiz yang sesuai untuk satu suapan/gigitan
  • Sertakan pelbagai makanan daripada kumpulan makanan yang berbeza
  • Tawarkan makanan-makanan baru untuk dicuba
3) Makan jumlah makanan yang terlalu sedikit
  • Potong buah-buahan dan sayur-sayuran dalam saiz yang mudah digigit dan dikunyah dan biarkan mereka menyuap sendiri
  • Biarkan anak anda melihat kanak-kanak lain makan pelbagai makanan, termasuk makanan yang anak anda tolak/tidak suka
  • Anda makan apa yang anak anda makan
4) Tidak makan mengikut jadual yang tetap
  • Atur rutin makanan dan snek anak anda seharian
  • Rancangan makanan sekeluarga yang menggalakkan pemakanan yang sihat
  • Duduk dan makan bersama anak anda
  • Jadilah ‘role model’ kepada pemakanan yang sihat kepada mereka

No comments: